Tahukah anda tempat borong pakain dan tudung yang popular dan menjadi serbuan setiap peniaga di Malaysia?
Jalan Masjid India
Tempat ini adalah tempat yang WAJIB dikunjungi oleh penjual tudung online mahupun butik kecilan. Kebanyakan produk yang dijual adalah datangnya daripada Negara china, Indonesia dan Vietnam.
Baju muslimah dan pelbagai jenis jubbah dan tudung boleh didapati pada harga yang amat berpatutan. Ada sebahagian barangan lebih murah daripada 2 tempat lagi yang akan yaya kongsikan. Kalau tak yakin anda boleh pusing-pusing sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
Kenangan Wholesale City
Bagi penduduk KL, nama Kenangan Wholesale city tidak asing lagi. Tempat ini adalah antara syurga bagi pemborong barangan pakaian dan tudung.
Walaupun begitu, untuk beli belah di sini ada syaratnya. Anda seolah-olah tidak dibenarkan membeli 1 item sahaja sebaliknya perlu beli sekurang-kurang 3 item. Contohnya harga sehelai tudung RM25 hanya dijual RM19 sehelai itupun kalau anda beli 3 helai. Jika anda beli lebih banyak harganya boleh diturunkan lagi seminimum mungkin. Menarik bukan.
GM Klang
Bukan sekadar di chow kit tetapi Klang juga mempunyai GM. Di sana produk yang ditawar tidak terhad kepada pakaian dan jenis tudung sahaja. Pelbagai barangan boleh didapati di sini hinggakan perabot dan mainan kanak-kanak turut dijual. Apa yang yaya yakin, harga yang ditawar adalah lebih murah daripada harga pasaran di tempat-tempat lain.
0 Response to "3 Tempat Borong Pakaian Buruan Peniaga"
Post a Comment