SUNGAI BESI : Teknik penyamaran bergambar anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sempena Ops Tahun Baharu Cina bermula 12 Februari lalu dilihat cukup berkesan.
Ia berikutan, sebanyak 282 kes membabitkan pelbagai kesalahan termasuk gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, dan memotong barisan Q dikesan sepanjang empat hari sejak bermula operasi berkenaan.
Pengarah JPJ WPKL, Ahmad Ziki Abdul Rahman berkata, anggota yang menjalankan operasi berkenaan tidak beruniform bagi mengelak pengguna menyedari kehadiran mereka sekali gus mampu mengesan kesalahan jalan raya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, pagi ini.
Ops Tahun Baharu Cina 2015 peringkat Wilayah Persekutuan sudah pun bermula pada 12 Februari dan dijangka berakhir pada 27 Februari ini.
0 Response to "Awasi Penyamaran JPJ"
Post a Comment