Awas, TV kini boleh intip anda!!
Teknologi pintar bukan saja memudahkan pengguna tetapi boleh menyusahkan - apabila ia mencuri dengar perbualan anda!
Televisyen pintar keluaran Samsung, yang ada hubungan Internet, boleh merakam perbualan pengguna dan menyebarkan kepada pihak lain melalui alat kawalan jauh, lapor The Huffington Post.
Perkara ini mula disedari minggu lalu apabila portal The Daily Beast terbaca polisi baru Smart TV Samsung mengandungi ayat: "Sila maklum bahawa jika suara anda termasuk perbualan peribadi dan maklumat sulit, suara itu akan dirakam dan dipancarkan kepada pihak lain melalui penggunaan sistem pengecaman suara."
Pengeluar barangan elektronik tersohor itu mengesahkan kepadaThe Huffington Post bahawa teknologi TV itu memang menghantar permintaan kawalan suara kepada pihak ketiga yang mencari rakaman tersebut.
Samsung bagaimanapun menjelaskan ia tidak menyimpan atau menjual rakaman suara itu.
0 Response to "Awas, TV kini boleh intip anda!!"
Post a Comment