Madonna Terlentang Ditarik Penari Ketika Persembahan (Video)


 Pagi ini berita hiburan antarabangsa terutamanya sibuk memperkatakan tentang insiden ikon pop terkenal dunia, Madonna yang jatuh dari tangga tinggi setelah ditarik oleh penarinya. Kejadian ini berlaku ketika membuat persembahan penutup di BRITS Awards 2015, semalam.

Menyampaikan single terbaru Living For Love daripada album terbarunya The Rebel Heart, Madonna yang tampil penuh elegen dengan jubah dan layah panjang di pentas. Layah yang sepatutnya terlepas daripada baju yang dipakainya apabila ditarik, tetapi lain pula yang terjadi.


Dari tangga tinggi Madonna terlentang ke belakang dan kedengaran suaranya tenggelam timbul di sebalik mikrofon. Namun sebagai penghibur berpengalaman luas, Madonna menyampaikan persembahan yang cukup mengkagumkan.


 (Klik Untuk Besarkan Skrin)

Dia yang didapatkan selepas persembahan oleh pembantunya dan di Instagram Madonna telah memberitahu bahawa tiada apa-apa kecederaan serius. Malah dia berterima kasih kepada peminat yang memberikan kata semangat dan ucapan kepadanya.




0 Response to "Madonna Terlentang Ditarik Penari Ketika Persembahan (Video)"

Post a Comment