Pasar Malam Terpanjang Di Malaysia!



SHAH ALAM:Bandar Setia Alam mencatat sejarah tahun ini apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai pasar malam yang terpanjang di Malaysia seterusnya mengatasi rekod pasar malam Taman Connaught, Cheras.

   Pasar malam sepanjang 2.4KM itu mampu menarik minat kira-kira 10,000 pengunjung hadir berikutan kedudukan pasar yang berhampiran dengan pusat membeli belah Tesco.

   Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam sempena meraikan sambutan ulangtahun Bandaraya Shah Alam ke-11.

   Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa peniaga pasar malam perlu memberikan perhatian khusus kepada 4P iaitu harga, lokasi, promosi dan pengurusan bagi menjadi perniagaan mereka berkualiti tinggi serta menguntungkan. 

Pasar malam Setia Alam yang yang diadakan setiap hari sabtu bermula jam 5 petang hingga 11 malam itu mempunyai keunikkan tersendiri apabila pelbagai jenis juadah boleh didapati dari 300 lot gerai yang mengambil bahagian

   Pasar malam tersebut  bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis makanan melayu, tetapi juga makanan masyarakat cina seperti mua chi, ‘pan mee’, Char Keoy Teow dan pelbagai jenis bebola ini berikutan 70 peratus peniaga pasar malam tersebut adalah golongan Cina.

0 Response to "Pasar Malam Terpanjang Di Malaysia!"

Post a Comment