Ayam Kampung Bunian Memang Sedap
Mungkin ramai yang tidak tahu ayam kampung bunian adalah salah satu menu yang popular di Warung Nasi Bamboo Sungai Klah, Selain menu utamanya nasi putih kukus daun pisang dalam kelongsong buluh berlaukkan ayam kampung bakar percik + telur asin + pajeri nenas + sambal. Minuman istimewanya pula adalah cendol. Setiap set hidangan nasi bamboo (berserta minuman) berharga RM8 - RM10.
Untuk ke sana dari Lebuhraya PLUS, boleh diambil exit 128 Sungkai. Selepas tol terus perjalanan hingga berjumpa lampu isyarat simpang jalan utama Kuala Kangsar - Kuala Lumpur lalu belok ke kiri menuju Kuala Lumpur dan ±1 km akan jumpa papan tanda Felda Sungai Kelah dan belok ke kiri . Kedai ini berada ± 250 meter dari jalan utama.
Koodinat Lokasi GPS
Lokasi : Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak.
KLIK untuk lihat Map lokasi
Coordinate : N3° 59.004 E101° 19.180
0 Response to "Ayam Kampung Bunian Memang Sedap "
Post a Comment