Lucu!!! Mencuit Hati Orang Asli Akad Nikah... Jom baca..gelak sampai berair mata nie...




ANTARA pengantin baru Orang Asli yang dinikahkan di Surau Al-Falah, Kampung Orang Asli Sungai Mas dekat Sungai Lembing, Kuantan.


Kuantan: “Mungkin kerana terlalu gementar, saya tersasul sehingga mengajuk juru nikah dengan menyebut ‘aku nikahkan kamu’ menyebabkan semua tetamu ketawa.
“Tetapi, lega akhirnya apabila dapat menyebut lafaz akad nikah dengan sempurna walaupun terpaksa mengulanginya beberapa kali,” kata lelaki Orang Asli, Rahmat Awang, 27, antara lima pasangan masyarakat itu yang bernikah secara beramai-ramai pada Majlis Perasmian Surau al-Falah dan Meraikan Pengantin di Kampung Orang Asli Sungai Mas, dekat Sungai Lembing, di sini, semalam.
 
Mereka dinikahkan Ketua Penolong Kadi Daerah Kuantan, Rosli Mamat dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim Ulu Kuantan, Mohd Jaya Rani.
Rahmat yang juga saudara baru berkata, dia gembira kerana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Rohani Samad, 21, dan berkongsi saat bahagia itu dengan pasangan pengantin lain.
 
Katanya, kejadian mencuit hati pada majlis akad nikah itu juga menjadi kenangan yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
“Ia menyebabkan saya tersipu-sipu malu dan menjadi semakin gementar apabila tetamu ketawa. Malah, fikiran juga buntu tetapi bernasib baik kerana dapat bertenang dan melakukannya,” katanya yang sah bergelar suami selepas empat kali lafaz.
 
 

0 Response to "Lucu!!! Mencuit Hati Orang Asli Akad Nikah... Jom baca..gelak sampai berair mata nie... "

Post a Comment