Sinopsis Filem Isyarat Cinta





Isyarat Cinta akan menemui penonton di pawagam bermula 19 Mac ini. Filem Isyarat Cinta dilakonkan oleh Adi Putra, Fizo Omar, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, memang nampak macam best jer. 

Sinopsis Filem Isyarat Cinta


Mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.

Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup? Saksikan filem Isyarat Cinta di pawagam, 19 Mac ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.


#adiputra
#fizoomar
#liyanajasmay
 

0 Response to "Sinopsis Filem Isyarat Cinta"

Post a Comment