Proton-Suzuki Ertiga MPV Baru Proton 2016


Proton ingin dan terus mencuba untuk meningkatkan pengeluaran dan perolehan mereka pada tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya. Setelah berjaya melalui usahasama (JV) sebelum ini bersama Mitsubishi dan yang terbaru dengan Honda (Proton Perdana Baru), Proton sekali lagi berkalaborasi dengan satu lagi jenama terkenal dari Jepun iaitu Suzuki.

Bersama dengan Suzuki, Proton mengeluarkan model MPV saiz sederhana dengan pemasangan model Suzuki Ertiga (CKD) di mana komponen terurainya dibawa dari Indonesia sebagai taruhan model MPV terbaru 2016 dari Proton.

Model MPV rebadge ini tidak ada perubahan rupabentuk luaran seperti model Perdana Baru tetapi hanya pertukaran logo dan aksesori sahaja. Untuk makluman anda, sebelum Proton, model Ertiga ini juga turut telah digunakan oleh Mazda sebagai rebadge model Mazda VX-1.

Proton Ertiga merupakan MPV bersaiz sederhana di bawah abangnya Proton Exora. Di pasaran Malaysia, ianya bersaing dengan model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Grand Livina,

Berikut adalah spesifikasi luaran dan dalaman, harga dan gambar model baru MPV Proton Ertiga 2016 (berdasarkan spesifikasi di Indonesia dan akan dikemaskini apabila telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia)




Spesifikasi MPV Proton Ertiga
Enjin :  K14B, DOHC, VVT, 16 katup, 4 in-Line
Kuasa Enjin: 95 HP/6.000 rpm @ 130 Nm/4.000 rpm
Sistem Bahan Bakar : Multi Point Injection
Kapasiti Bahan Bakar : 45 L
Transmisi : 5 MT / 4 AT
Saiz :  4.265 mm (P) x 1.695 mm (L) x 1.685 mm (T)
Jarak Antara Roda : 2.740 mm
Berat Tanpa Muatan : MT 1,175 kg / AT 1,185 kg
Jumlah Tempat Duduk : 7 orang
Radius Putar Minimum : 5,2 m
Suspensi Depan : MacPherson strut with coil spring
Suspensi Belakang : Torsion beam with coil spring
Brek Depan : Ventilated Disc
Brek Belakang : Leading / Trailing Drum
Spesifikasi MPV Proton Ertiga - Keselamatan
Dual Airbags
Side Impact Beam
ABS + EBD
Child Proof Door Locks
Sistem Keyles Entry
Immobilizer
Electronik Power Steering


MPV Proton Ertiga dijangka akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2016 dengan tanda harga dalam lingkungan RM65K.


0 Response to "Proton-Suzuki Ertiga MPV Baru Proton 2016 "

Post a Comment