Izzah yang juga anak sulung Anwar memberitahu, setakat ini Nurul Nuha yang merupakan anak kedua daripada enam beradik akan memberikan tumpuan terhadap kempen 'March To Freedom', yang diasaskan untuk menuntut pembebasan bapa mereka dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hak kemanusiaan dalam sistem undang-undang.
Anwar dipenjarakan selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan."Tidak ada cadangan daripada pihak kami untuk umum pencalonan mana-mana pihak untuk bertanding (pilihan raya).
Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pihak media sama ada kempen yang diasas dan digerakkan oleh Nurul Nuha itu merupakan satu usaha untuk membawa adiknya kepada masyarakat umum sebelum beliau melibatkan diri dalam politik.
"Berdasarkan rekod, bertanding di negara ini bukan mewakili parti pemerintah agak sukar dan mencabar."Setakat ini saya dan ibu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah terlibat dalam politik dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan...kami 'dipisahkan' daripada bapa kami.
"Biarlah saya dan ibu meneruskan perjuangan (politik)," katanya.
Pada Rabu, anak kedua pasangan Anwar- Dr Wan Azizah itu mengumumkan kempen March To Freedom sebagai perjuangan menuntut kebebasan ketua pembangkang itu.
Beliau bertindak selaku pengasas dan bertanggungjawab menggerakkan kempen tersebut.
Pengenalan kempen itu bagaimanapun mewujudkan khabar angin bahawa ibu kepada seorang anak itu akan menggantikan bapanya dengan bertanding di kerusi Permatang Pauh yang kosong setelah Anwar terlucut jawatan ahli Parlimen kerana dipenjarakan selama lima tahun.
0 Response to "Anak Kedua Anwar Bertanding Di Permatang Pauh? "
Post a Comment