Tarik Elektrik Akan Turun


Kerajaan mengumumkan tarik elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia diturunkan untuk tempoh empat bulan tahun ini.

Menterinya hal ehwal tenaga Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata ia dijangka akan membolehkan pengguna domestik menikmati pengurangan bil antara RM13.50 sehingga RM45 sebulan.

Pengurangan kadar itu melibatkan penggunaan lebih 300 kWh sebulan untuk tempoh 1 Mac hingga 30 Jun, menurutnya.

Katanya, penurunan sebanyak 2.25 sen setiap kilowatt-jam (kWh) itu dijalankan selari dengan penurunan kos bahan api dan kos penjanaan,

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini, kata Maximus Johnity.

0 Response to "Tarik Elektrik Akan Turun"

Post a Comment