Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, kehadiran bintik hitam atau black spots terutama di zon T (dahi dan batang hidung dan kawasan berhampiran) sememangnya merimaskan.
Selain dari bintik-bintik hitam, satu lagi ialah tompok-tompok atau bintik yang berwarna putih.
Hmm… che petua masih lagi tengah kaji samada bintik hitam dan putih nie merupakan bintik yang sama. Maksudnya, adakah sama sebagaimana sesetengah pendapat yang mengatakan asalnya bintik-bintik tu waktu mula-mula keluar akan kelihatan putih. Selepas beberapa lama warnanya akan bertukar menjadi hitam… hmm.. betul ker begitu?
Sekali-sekala che petua sendiri pun perasan ada bintik-bintik putih mula naik kat muka… Tiap kali berhadapan situasi sedemikian che petua akan pastikan membersihkan wajah lebih kerap dari biasa. Tapi tidak menggunakan sabun atau scrub sebab dikatakan sabun yang berlebihan akan menyebabkan wajah menjadi lebih kering. Takut muka jadi terlalu kering dan akhirnya kulit mengelupas pula huhu…
Malah ibu che petua sendiri pernah dinasihatkan oleh doktor. Kata doktor tu kalau bintik-bintik makin banyak kelihatan, itu tandanya paras kolesterol dalam badan kita tinggi. So, kena jaga pemakanan… kena pantang buat sementara waktu…
Kaedah Tradisional Untuk Menghilangkan Bintik Hitam dan Putih Pada Wajah
Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan tumbuk hingga lumat.
Lepas tu gaul sebati bawang tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur.
Kendian ambil beberapa helai tisu, basahkan sedikit dan letakkan pada muka. Pas tu tempel ramuan tadi kat atas tisu dan biar hingga kering.
Akhir sekali bilas wajah dengan air suam.
Selamat mencuba!
0 Response to "Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Hidung"
Post a Comment