Google Akan Tapis Blog Lucah


Hati-hati kepada pemilik blog di Blogger, milik syarikat gergasi Google, yang mengandungi imej atau video berunsur lucah.

Dalam tempoh sebulan lagi, sehingga 23 Mac, blog lucah tidak boleh diakses oleh orang lain jika pengendali gagal mematuhi peraturan baru ini.

Google tidak akan membuang kandungan tersebut tetapi ia hanya boleh dicapai oleh pengendali blog, lapor portal The Independent.

Sebelum ini, syarikat itu membenarkan kandungan lucah di Blogger dengan memberi satu halaman amaran sebelum diakses pelayar Internet.

Google hanya melarang kandungan lucah yang sumbernya tidak sah atau dikongsikan tanpa kebenaran mereka yang dipaparkan.

Syarikat itu bagaimanapun masih membenarkan imej atau video bogel "jika kandungan itu mempunyai manfaat umum, misalnya untuk tujuan seni, pendidikan, dokumentari dan sains."

Jika pengendali blog masih tetap berkeras enggan membuang kandungan lucah, atau mahu menggunakan khidmat penyedia blog lain, Google memberikan mereka pilihan: muat turun keseluruhan blog dalam satu fail atau arkibkannya menggunakan khidmat Google Takeout.

Namun pengguna mempertikaikan keputusan mendadak itu dengan mendakwa Google tidak berlaku adil, lapor portal itu lagi.

0 Response to "Google Akan Tapis Blog Lucah"

Post a Comment