KUALA LUMPUR: Kontroversi terbaru mengaitkan Tasha Shilla sebagai gadis peneman atau escort girl baru-baru ini mencalar namanya, sehingga mendesak pelakon itu untuk tampil bersuara untuk membersihkan namanya.
Menerusi sidang media di Bangsar pagi tadi, Tasha yang ditemani peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berharap dapat membuat noktah kepada spekulasi negatif dan tidak benar yang bertebaran.
"Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.
"Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah olah saya melakukan perkara itu.
"Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh," katanya.
Kenyataan Tasha itu berbangkit daripada sebuah program hiburan popular yang mengaitkannya sebagai seorang daripada 10 orang artis wanita yang disyaki terbabit dalam aktiviti sebagai escort girl.
"Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.
"Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu ia selesai cara baik.
"Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini," kata Tasha yang drama lakonannya Nasuha, Tabir Zulaikha dan Gerimis Salji Nami Nara sedang disiarkan di TV.
Sementara itu peguam Tasha, Fahda berkata pihaknya sedang menimbang untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program hiburan berkenaan.
Setakat ini mereka belum berbincang untuk tindakan susulan, walaupun mengakui boleh mengemukakan saman fitnah kepada stesen TV berkenaan.
Dalam program hiburan itu, Tasha ditanya wartawan adakah dia seorang daripada 10 escort girl yang dikaitkan dengan laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
0 Response to "Kecoh Tasha Shilla Escort Girl"
Post a Comment